Kalau pihak kalian hanya berterusan menyuap mereka dengan program, maksud aku, menjadi fasi untuk adik-adik, buat kerja itu ini, organize program gempak-gempak. Valentine lah, Save Gaza, flashmob segala bagai.
Tapi pihak kalian jarang titikberatkan soal tarbiyah mereka,
memang tak kemana.
Mereka akan jadi sayang, malah melekat dengan pihak kalian, dengan jemaah,
tapi kefahaman mereka tentang agama belum mampu untuk terbina dengan gah jika tarbiyah hanya diberi suam-suam kuku.
Mungkin kalian sekarang menjadi bangga dengan mereka kerana mereka mampu berkorban apa sahaja demi agama waktu ini. Bagi mereka, inilah perjuangan mereka. Mereka akan hanya nampak dari konteks itu. Mungkin setengah di kalangan mereka akan faham teori Da'wah Fardiyah, cari mad'u ketika dalam program, buat follow up ketika di luar.
Namun, percayalah, tanpa kefahaman yang betul-betul mantap,
semua itu hanya akan tinggal kenangan indah bila mereka melangkah ke alam universiti.
Sayang, sangat sayang.
Kerna aku banyak melihat mereka, dulu seperti aku.
Yang lama-lama kian lemah, mujur ada sahaja yang memberi aku faham sebenar.
Dia, aku melihat dia.
Sosok yang aku kagumi. Bicaranya saja malah mampu mendiamkan seluruh ahli dewan.
Dia mampu membuat ramai orang tertawan dengan ramahnya dia melayan anak kecil.
Dia juga mampu menjaga ikhtilat yang baik dengan para akhawat.
Cuma dengan akhawat.
Aku melihat, dengan wanita yang mungkin belum lagi menjejak kaki ke dalam tarbiyah,
layanan yang diberi sungguh mengujakan. Sungguh mesra. Berkata yang bukan-bukan.
Ah, sayang sekali, kerana Twitter tu sifatnya seisi dunia boleh melihat.
Dia pasti marah jika melihat tulisan aku ni, kerna dia asyik merayu, jangan menilai dirinya. Jangan meletak ekspektasi yang tinggi-tinggi kerana dia hanya manusia biasa.
Namun, ketahuilah, kamu bukan manusia biasa. Lihat sahaja latar belakang keluargamu.
Wajah ayahmu bersiaran dalam akhbar, nama abangmu gah di negara arab sana.
Kamu tidak boleh bersikap denial. Kamu harus merasa amanah untuk menjaga imej kamu.
Memang kamu bukan siapa-siapa untuk aku. Aku juga bukan siapa-siapa untuk kamu.
Cuma aku mengharap.
Agar kamu bisa meletakkan diri kamu baik-baik sahaja untuk menjadi qudwah mereka di luar sana. Aku yakin, kamu rijal yang agama ini perlukan.
Aku juga yakin, aku adalah srikandi yang agama ini butuh.
Mari-mari teman! Kita semua sangat diperlukan untuk melajukan gerakan da'wah.
Ayuh, jangan berdiam diri, usah malu untuk bersuara.
No comments:
Post a Comment