Saturday, 16 February 2013

Tiada guna.

Ada satu benda yang bermain kat minda aku, sekarang ni.

Kalau pihak kalian hanya berterusan menyuap mereka dengan program, maksud aku, menjadi fasi untuk adik-adik, buat kerja itu ini, organize program gempak-gempak. Valentine lah, Save Gaza, flashmob segala bagai.

Tapi pihak kalian jarang titikberatkan soal tarbiyah mereka, 
memang tak kemana.

Mereka akan jadi sayang, malah melekat dengan pihak kalian, dengan jemaah,
tapi kefahaman mereka tentang agama belum mampu untuk terbina dengan gah jika tarbiyah hanya diberi suam-suam kuku.

Mungkin kalian sekarang menjadi bangga dengan mereka kerana mereka mampu berkorban apa sahaja demi agama waktu ini. Bagi mereka, inilah perjuangan mereka. Mereka akan hanya nampak dari konteks itu. Mungkin setengah di kalangan mereka akan faham teori Da'wah Fardiyah, cari mad'u ketika dalam program, buat follow up ketika di luar.

Namun, percayalah, tanpa kefahaman yang betul-betul mantap,
semua itu hanya akan tinggal kenangan indah bila mereka melangkah ke alam universiti.

Sayang, sangat sayang. 

Kerna aku banyak melihat mereka, dulu seperti aku.
Yang lama-lama kian lemah, mujur ada sahaja yang memberi aku faham sebenar.

Dia, aku melihat dia.
Sosok yang aku kagumi. Bicaranya saja malah mampu mendiamkan seluruh ahli dewan.
Dia mampu membuat ramai orang tertawan dengan ramahnya dia melayan anak kecil.
Dia juga mampu menjaga ikhtilat yang baik dengan para akhawat.

Cuma dengan akhawat.
Aku melihat, dengan wanita yang mungkin belum lagi menjejak kaki ke dalam tarbiyah,
layanan yang diberi sungguh mengujakan. Sungguh mesra. Berkata yang bukan-bukan.

Ah, sayang sekali, kerana Twitter tu sifatnya seisi dunia boleh melihat.

Dia pasti marah jika melihat tulisan aku ni, kerna dia asyik merayu, jangan menilai dirinya. Jangan meletak ekspektasi yang tinggi-tinggi kerana dia hanya manusia biasa.

Namun, ketahuilah, kamu bukan manusia biasa. Lihat sahaja latar belakang keluargamu.
Wajah ayahmu bersiaran dalam akhbar, nama abangmu gah di negara arab sana.
Kamu tidak boleh bersikap denial. Kamu harus merasa amanah untuk menjaga imej kamu.

Memang kamu bukan siapa-siapa untuk aku. Aku juga bukan siapa-siapa untuk kamu.
Cuma aku mengharap.
Agar kamu bisa meletakkan diri kamu baik-baik sahaja untuk menjadi qudwah mereka di luar sana. Aku yakin, kamu rijal yang agama ini perlukan.

Aku juga yakin, aku adalah srikandi yang agama ini butuh.

Mari-mari teman! Kita semua sangat diperlukan untuk melajukan gerakan da'wah. 
Ayuh, jangan berdiam diri, usah malu untuk bersuara.

Aku cuba, Kau pun kena!

Cuti seminggu dah pun berakhir. Lepasni life akan jadi semakin mencabar.
Rasa semput, nak muntah. Sesak jadi nafas, sekat-sekat.

Habis module last ni, terus final exam. Astaghfirullah!
Risau sangat-sangat, kalau-kalau tak lepas, kena repeat year. Insyaallah, Dia ada.
Kena cekal, semangat kena tinggi, dah ramai orang boleh buat, mengapa tidak aku.

Takda apa-apa motif pun sebenarnya, nak hilangkan lelah sekejap dengan menulis :)

Baru kejap tadi, aku setelkan urusan aku dengan seorang ikhwah ni.
Aku tegur dia, clarify mana-mana yang patut.
Die pernah buat salah dengan aku, aku pun sama. Aku cuma taknak lebih ramai ikhwah yang kecundang dengan masalah cinta dunia ni.

Bukan dengan aku lah, dengan kawan aku, haha.
Aku ni kan memang pakar rujuk, doktor cinta segala. Selalu sangat aku jadi orang tengah.
Entahlah, orang suka refer aku bab-bab cinta ni, padahal aku bukan expert mana. Lulz.

So aku terus terang jela dengan dia. Dah lama proses teguran aku ni, cuma baru-baru ni je nampak dia boleh terima. Lagipun dia dah tua. Dah 22 pun.

Alhamdulillah, segalanya berjalan smooth je. Mereka mungkin tidak dipilih Allah untuk bersama. Ada lah tu hikmah yang Dia akan tunjukkan one fine day.

Aku jugak ada tegur seorang kawan batch aku yang non-ikhwah.
Pasal ikhtilat ni lah jugak. Aku cakap la yang aku tak suka dia mengorat kawan-kawan aku yang dah berada dalam jalan tarbiyah ni. Penat-penat aku cuba jaga diorang, ada pulak orang nak cucuk-cucuk. Haish. Mentang-mentang dia hensem.

Alhamdulillah, dia faham dan terima. Dia sangat terima kasih kat aku sudi tegur dia. Baru dia nampak benda yang salah dalam diri dia yang buat orang sekeliling dok cakap belakang pasai dia. Dia akan cuba untuk ubah. Dia harapkan aku untuk tegur dia hari-hari.

Ceh, susah lah aku nak jaga pandangan kalau kena usha dia tiap-tiap hari nak tengok mende yang dia buat pulak.

And sebenarnya, those non-ikhwah-guy ni kan. Kalau kita explain elok-elok, diorang faham je. Sebab masing-masing pun dah dewasa n matured kan. Mungkin la dulu diorang ni kita pandang sebelah mata pun tanak. Tapi, everything boleh berubah dengan kuasa Dia.

Mana tahu, dengan cuba-cuba kita untuk menerang, boleh terbentuk fikrah mereka.
Lebih hebat lagi, dari sedikit fikrah yang terbentuk tu, diorang cari benda-benda lain yang boleh bagi lagi banyak cahaya tembus kat hati diorang.

Allah kan bekerja penuh rahsia.

Eh korang yang baca (kalau ada), jangan salah faham pulak.Tak bermakna aku tulis kat blog pasai lelaki, maksudnya aku banyak interact dengan diorang.
Inilah dua je pun. Aku memang kalau boleh avoid depa ni. Aku tak suka.

Tak selamat untuk hati aku.

Sunday, 27 January 2013

Aku mahu belajar

Aku tengah study sekarang ni, sebab exam lagi 3 hari je.
Doakan aku ye! 

Tiba-tiba aku terasa mahu menulis. Untung jugak ada banyak blog. Setakat ni aku ada 4 medium melalui blog untuk menulis. Lejen tak aku? lulz.
Aku merasa cukup selesa untul menulis apa-apa sahaja di blog ni, kerana aku yakin, tiada orang tahu kehadiran blog yang simple ni. Dan tiada orang yang tahu aku siapa.
Peh, yakin.

Bila aku rasa perlu share bagi satu dunia boleh ambil manfaat, aku tulis kat blog aku yang kadang-kadang femes tu, ceh.
Bila aku rasa aku ada masalah hati, jatuh cinta sebagainya (muntah biru), aku tulis kat blog private aku, yang cuma dua orang kawan baik je aku invite.
Bila aku dijemput untuk menulis di blog usrah besar aku, aku tulis je la.

Bila aku rasa ada benda yang satu dunia perlu tahu tentang selok-belok emosi dan jiwa seorang daie, teguran untuk mereka di sekeliling aku, segala rasa yang subjektif betul sifatnya, nah, kat sini landasan aku.
Tapi sebenarnya, aku sangat nak kawan-kawan aku baca, supaya terlepas tanggungjawab aku, tanpa perlu mereka tahu siapa aku.
Yah, well, biasa lah perempuan, mudah hypotrophy (baca:mengecik) hatinya.

So, aku sebenarnya macam mengharap la blog ni ada yang baca, supaya kata-kata aku kat sini boleh spread out. Hm.

Ah, tengok. Aku rasa blog ni memang tempat untuk aku membebel, sebab aku memang sangat suka bercakap. Walaupun aku selalu dengar bakal suami akan opposite character dengan kita, tapi aku sangat berharap bakal suami aku pun akan banyak cakap macam aku.

Sebab aku macam awkward sikit dengan orang yang senyap-senyap ni. kehkeh.
Tapi, demi tarbiyah, akanku adapt dengan segala jenis manusia untuk melasso dan merenggut jiwa raganya.

Sebenarnya, aku cuma teringin nak berbicara mengenai ikhtilat.
Dan aku rasa, insyaallah, aku akan panjangkan isu ni di blog kadang-kadang femes aku dalam bahasa yang lebih sopan dan ayu.
Aku belum punya kekuatan sekarang kerana aku takut dinilai dan diuji dengan perkataanku, sebab dah banyak kali aku tekad tapi masih terperosok dalam lubang.
Uh, nampak ciri daie lembik.

Kadang, aku sangat takut dengan ikhwah.
Kerna, kebanyakkan masalah ikhtilat aku terjadi dengan ikhwah. Pernah lah sekali dengan non-ikhwah, lulz. Oh, ni semua kisah masa aku jahiliyah.

Macam mana aku nak cerita apa yang aku fikir ni eh. Aku ni kadang-kadang tak pandai nak zahirkan sangat perasaan aku dengan words ni. ceh.
Nak zahirkan by speech pun tak pandai, entah apa yang aku pandai, lulz.

Eh, dah nak maghrib, nanti la bila free aku sambung balik.
Aku rasa hal ni macam serius la jugak, aku teringin nak cakap sendiri kat ikhwah tu, tapi, err siapalah aku. Inferiority complex sangat.

Ok fi amanillah semua.

Friday, 11 January 2013

Otak-Otak

Jari ni kan, macam tengah alami satu sindrom yang bahaya.

Bila tengah laju menaip, tiba-tiba akan berhenti.
Jari telunjuk dengan spontan akan pergi ke button backspace, dan tekan.
Tekan tak lepaskan sampai puas hati.

Lepastu menyesal. Kecewa.

Oh walaupun aku tengah menyamar, aku masih lagi bimbangkan expectation manusia.
Aku masih lagi takut. 
Mata dan hati aku tak kelabu. Aku sedar tu.

Cuma, aku merasakan aku asyik membezakan hitam dan putih mereka.
Aku tak tingkatkan pun kesucian putih aku.

Setiap saat, otak aku asyik menganalisa.
Mengapa mereka asyik mengambil Islam separuh-separuh?
Mengapa mereka boleh tweet dan instag Islamik, tapi kemudian di masa realiti, mereka jadi makhluk berbeza.
Mengapa mereka boleh menutup aurat, malah bertudung labuh lagi. Tapi ikhtilat tidak punya beza dengan yang tidak bertudung.

Aku asyik berfikir, sampai aku penat.
Aku letih dengan otak aku.
Boleh tak kau stop berfikir? Boleh tak hati kau stop merasa?

Aku exhausted. 
Sebenarnya sebab aku sedih dengan diri aku.
Kenapa aku asyik pertikaikan, ada masa iman mereka lemah.
Sama sahaja seperti aku, tidak punya beza!

Amal ibadah mereka malah mungkin lebih dasyat.
Mereka buat salah, kemudian bertaubat.
Buat salah lagi, taubat lagi.
Itu yang lebih Allah gemari dari yang merasa tidak punya dosa dan lengah bertaubat!

Allah, kasihani lah aku.
Aku tak pinta otak yang begini.
Aku tahu, Kamu beri kerna Kamu tahu aku selayaknya pikul.
Supaya aku dapat bertindak, bukan hanya terbiar layu di ufuk minda.

Please.