Wednesday, 10 October 2012

Bertudung Labuh yang Gedik

Aku lihat, dunia keliling aku terlalu banyak yang kelabu.
Dadaku berombak kencang.
Aku jadi sakit.

Mengapa, kemaksiatan dan ketaatan itu terlalu mudah disatukan?
Apakah mereka tidak mengerti?
Apa mereka tidak tahu?

Bertudung labuh, bukan sekadar satu imej fizikal yang biasa-biasa.
Yang sekadar trend, yang sekadar mahu mengikut garis yang dilukis Allah,
tanpa menghadirkan seluruh jiwa untuk mematuhi konsep kesyumulan seorang Muslim.

Ia datang dengan satu pakej yang lengkap.
Ia menzahirkan your internal condition, supposed to be.

Meski ini bukan satu pandangan yang harmoni, 
kerna realiti manusia itu perlu dikonsider dari kasut berlainan.
Terlalu banyak, hingga tak dapat dihitung.

Namun, ini satu hakikat yang haq. 
Yang seharusnya kita menerima bahawa insan yang mulia di pandangan Allah itu adalah mereka yang berusaha untuk membaikkan diri hari demi hari.

Bila anda sudah mula membuat keputusan untuk menutup aurat dengan lebih sempurna means bertudung labuh, pakai stokin, baju yang longgar, maka tahniah!
Anda telah pun selangkah mendapatkan lebih cinta Allah berbanding mereka yang tidak berbuat sedemikian.

Cuma, sampai bila awak cuma mahu duduk setakat level itu? Setakat rasa itu sudah cukup?

Ayuh, sahabat.
Jika benar mahu mendapatkan syurga Nya, ia tidak datang melainkan kita telah tercucuk duri-duri jalanan yang maha tajam dan menyakitkan.

Memilih jalan ini bererti anda telah pun bersedia untuk memilih jalan-jalan peningkatan diri yang seterusnya.
Maksud, perlu ditinggal kan cara hidup yang hampiri 'jahiliyyah'.

Bernyanyi bersama-sama lelaki dan perempuan.
Berkongsi cerita-cerita peribadi yang sebenarnya punya batas.
Menggalakkan perhubungan silang jantina yang tidak dibenarkan dengan join menggosip.
Mengelike atau mengomen 'comel la korang' pada gambar mereka yang berkapel.
Turut menyokong dan pergi konsert artis yang terang-terang tidak mengagungkan Allah.
Tidak punya rasa untuk sertai program keagamaan yang memberi makanan rohani.
Bergambar dengan riang gembira bersama-sama lelaki berdua.
Berkomen pada gambar-gambar lelaki yang sepatutnya jika benar pun kita tertengok perlu lah sebenarnya sembunyikan kehadiran kita disitu.
Terang-terang memaparkan keghairahan kita kepada k-pop j-pop hindustan yang terang-terang mempamerkan pendedahan aurat yang berleluasa.

Lagi terus terang melempiaskan kemarahan di khalayak.
Juga mengumpat dan mengata, memburukkan siapa-siapa tanpa segan silu.

Mari sahabat, mari berfikir.
Jika yang bertudung labuh sudah dilihat sama sahaja seperti yang kurang labuh, maka apakah significant pemakaian tudung labuh itu? 
Maka selepas ini bermula pula trend tudung labuh yang sekadar satu fesyen.

Mari, jangan kita menjadi fitnah kepada agama yang kita cinta.

(maaf, tajuk sengaja mahu catchy)