Saturday, 28 July 2012

Aku Islah

Patutnya, aku studi sekarang ni. 
Tapi aku tak. Aku buang masa siapkan blog ni. Sebab aku rasa aku terdesak.

Eh, rasa sungguh awkward guna 'aku' ni.
Sebab aku taknak dikenal orang, aku lari dari kebiasaan aku. 
Aku mengharap Allah tolong aku sembunyikan identiti.


Jadi, aku Islah.
Aku menulis kerna aku punya tujuan. Aku nak buktikan aku bukan ignorance.
Aku suka perhati sekeliling, dan aku suka cari jawapan pada setiap permasalahan.
Aku tak suka satu perkara nampak tergantung tidak berdasar.


Aku nampak banyak situasi yang tak-berapa-kena berlaku.
Aku perlu stand up untuk membetulkan. 

Lahirnya blog ini untuk aku meluahkan segala justifikasi minda aku.
Aku pernah cuba buat di blog lama aku, di mana identiti sebenar aku dipublik kan.
Aku tulis berdasarkan pengalaman sendiri, apa yang aku rasa.
Tapi, end up ada orang yang terasa dengan tulisan aku. 
Merasakan aku mahu mengaibkan dia. Dan dia menyebarkan cerita seolah aku sungguh berlakon watak antagonis. Aku menjadi mangsa fitnah. Jujur, aku sangat kecewa!


Hakikatnya, aku terus terang merahsiakan watak itu, sekadar bertujuan untuk pembaca lain mengambil iktibar apa yang aku alami. Kerna mungkin ada antara mereka memakai kasut yang sama seperti aku.


Disini, akan aku pamerkan setulusnya kisah kehidupan aku.
Bukan untuk meraih sebarang publisiti, bukan untuk menyatakan ketidakpuasan hati aku.
Bukan. Bukan.


Aku cuma ingin bicara dengan kalian yang aku sayangi.
Yang tidak pernah aku berani lontarkan hujan ribut kilat yang bermain di fikiran aku.
Yang sebenarnya, ada cara yang lebih baik.
Ada cara yang lebih mengikuti syariat.


Aku nak tunjuk pada dunia, yang sebenarnya, ada cara berfikir yang lebih akan menjadikan kita manusia sebenar. Yang kita tidak seharusnya beraksi tidak kisah sepanjang masa.


Aku tak cakap yang cara aku ni betul. Terpulang.
Yang pasti, disaat mereka asyik 'entah entah' tidak pasti dengan prinsip dan pegangan mereka, aku sudah punya hujah.