Saturday, 16 February 2013

Tiada guna.

Ada satu benda yang bermain kat minda aku, sekarang ni.

Kalau pihak kalian hanya berterusan menyuap mereka dengan program, maksud aku, menjadi fasi untuk adik-adik, buat kerja itu ini, organize program gempak-gempak. Valentine lah, Save Gaza, flashmob segala bagai.

Tapi pihak kalian jarang titikberatkan soal tarbiyah mereka, 
memang tak kemana.

Mereka akan jadi sayang, malah melekat dengan pihak kalian, dengan jemaah,
tapi kefahaman mereka tentang agama belum mampu untuk terbina dengan gah jika tarbiyah hanya diberi suam-suam kuku.

Mungkin kalian sekarang menjadi bangga dengan mereka kerana mereka mampu berkorban apa sahaja demi agama waktu ini. Bagi mereka, inilah perjuangan mereka. Mereka akan hanya nampak dari konteks itu. Mungkin setengah di kalangan mereka akan faham teori Da'wah Fardiyah, cari mad'u ketika dalam program, buat follow up ketika di luar.

Namun, percayalah, tanpa kefahaman yang betul-betul mantap,
semua itu hanya akan tinggal kenangan indah bila mereka melangkah ke alam universiti.

Sayang, sangat sayang. 

Kerna aku banyak melihat mereka, dulu seperti aku.
Yang lama-lama kian lemah, mujur ada sahaja yang memberi aku faham sebenar.

Dia, aku melihat dia.
Sosok yang aku kagumi. Bicaranya saja malah mampu mendiamkan seluruh ahli dewan.
Dia mampu membuat ramai orang tertawan dengan ramahnya dia melayan anak kecil.
Dia juga mampu menjaga ikhtilat yang baik dengan para akhawat.

Cuma dengan akhawat.
Aku melihat, dengan wanita yang mungkin belum lagi menjejak kaki ke dalam tarbiyah,
layanan yang diberi sungguh mengujakan. Sungguh mesra. Berkata yang bukan-bukan.

Ah, sayang sekali, kerana Twitter tu sifatnya seisi dunia boleh melihat.

Dia pasti marah jika melihat tulisan aku ni, kerna dia asyik merayu, jangan menilai dirinya. Jangan meletak ekspektasi yang tinggi-tinggi kerana dia hanya manusia biasa.

Namun, ketahuilah, kamu bukan manusia biasa. Lihat sahaja latar belakang keluargamu.
Wajah ayahmu bersiaran dalam akhbar, nama abangmu gah di negara arab sana.
Kamu tidak boleh bersikap denial. Kamu harus merasa amanah untuk menjaga imej kamu.

Memang kamu bukan siapa-siapa untuk aku. Aku juga bukan siapa-siapa untuk kamu.
Cuma aku mengharap.
Agar kamu bisa meletakkan diri kamu baik-baik sahaja untuk menjadi qudwah mereka di luar sana. Aku yakin, kamu rijal yang agama ini perlukan.

Aku juga yakin, aku adalah srikandi yang agama ini butuh.

Mari-mari teman! Kita semua sangat diperlukan untuk melajukan gerakan da'wah. 
Ayuh, jangan berdiam diri, usah malu untuk bersuara.

Aku cuba, Kau pun kena!

Cuti seminggu dah pun berakhir. Lepasni life akan jadi semakin mencabar.
Rasa semput, nak muntah. Sesak jadi nafas, sekat-sekat.

Habis module last ni, terus final exam. Astaghfirullah!
Risau sangat-sangat, kalau-kalau tak lepas, kena repeat year. Insyaallah, Dia ada.
Kena cekal, semangat kena tinggi, dah ramai orang boleh buat, mengapa tidak aku.

Takda apa-apa motif pun sebenarnya, nak hilangkan lelah sekejap dengan menulis :)

Baru kejap tadi, aku setelkan urusan aku dengan seorang ikhwah ni.
Aku tegur dia, clarify mana-mana yang patut.
Die pernah buat salah dengan aku, aku pun sama. Aku cuma taknak lebih ramai ikhwah yang kecundang dengan masalah cinta dunia ni.

Bukan dengan aku lah, dengan kawan aku, haha.
Aku ni kan memang pakar rujuk, doktor cinta segala. Selalu sangat aku jadi orang tengah.
Entahlah, orang suka refer aku bab-bab cinta ni, padahal aku bukan expert mana. Lulz.

So aku terus terang jela dengan dia. Dah lama proses teguran aku ni, cuma baru-baru ni je nampak dia boleh terima. Lagipun dia dah tua. Dah 22 pun.

Alhamdulillah, segalanya berjalan smooth je. Mereka mungkin tidak dipilih Allah untuk bersama. Ada lah tu hikmah yang Dia akan tunjukkan one fine day.

Aku jugak ada tegur seorang kawan batch aku yang non-ikhwah.
Pasal ikhtilat ni lah jugak. Aku cakap la yang aku tak suka dia mengorat kawan-kawan aku yang dah berada dalam jalan tarbiyah ni. Penat-penat aku cuba jaga diorang, ada pulak orang nak cucuk-cucuk. Haish. Mentang-mentang dia hensem.

Alhamdulillah, dia faham dan terima. Dia sangat terima kasih kat aku sudi tegur dia. Baru dia nampak benda yang salah dalam diri dia yang buat orang sekeliling dok cakap belakang pasai dia. Dia akan cuba untuk ubah. Dia harapkan aku untuk tegur dia hari-hari.

Ceh, susah lah aku nak jaga pandangan kalau kena usha dia tiap-tiap hari nak tengok mende yang dia buat pulak.

And sebenarnya, those non-ikhwah-guy ni kan. Kalau kita explain elok-elok, diorang faham je. Sebab masing-masing pun dah dewasa n matured kan. Mungkin la dulu diorang ni kita pandang sebelah mata pun tanak. Tapi, everything boleh berubah dengan kuasa Dia.

Mana tahu, dengan cuba-cuba kita untuk menerang, boleh terbentuk fikrah mereka.
Lebih hebat lagi, dari sedikit fikrah yang terbentuk tu, diorang cari benda-benda lain yang boleh bagi lagi banyak cahaya tembus kat hati diorang.

Allah kan bekerja penuh rahsia.

Eh korang yang baca (kalau ada), jangan salah faham pulak.Tak bermakna aku tulis kat blog pasai lelaki, maksudnya aku banyak interact dengan diorang.
Inilah dua je pun. Aku memang kalau boleh avoid depa ni. Aku tak suka.

Tak selamat untuk hati aku.